Cabang lain Siti_Nordiana

Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan [9] pada tahun 2016. Setelah sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana tampil dengan produk terbaharu iaitu koleksi gincu yang diberi nama SND mengikut singkatan nama si empunya diri, Siti NorDiana. Selain itu, Nana juga dipilih menjadi duta kepada minuman susu kultur pertama di Jepun yang berjenama Calpis Fibre. Pada tahun 2018, Nana telah melancarkan jenama minyak wangi sendiri iaitu ADORÉ serta menjadi duta kepada jenama tersebut.

Nana turut menerbitkan sebuah buku berjudul Life Goes On. Buku ini mengandungi kisah jatuh bangun Nana dalam industri hiburan tanah air serta kehidupan peribadinya sendiri. Buku hasil tulisan sendiri ini telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pembaca serta menjadi Best Seller di MPH Book Store selama beberapa minggu berturut-turut setelah dilancarkan pada tahun 2018.